Bersikap positif terhadap pembangunan dan pembaharuan serta mempunyai pandangan yang dinamis, progresif dan sentiasa menyesuaikan diri dengan zaman. Mereka mementingkan semangat nasionalisme dan liberalisme. Golongan ini kadangkala dalam banyak situasi, cuba menyesuaikan Islam dengan arus permodenan yang seringkali juga menafsir Islam itu pada perspektif dunia moden.

Antara ciri-ciri bagi aliran ini ialah:

1. Sikap aliran ini menjadikan umat Islam tidak beku dan kaki malah sentiasa dinamis dan berdaya saing dengan pembangunan semasa.

2. Kemampuan akal dan fikiran di pergunakan sepenuhnya dan umat seperti ini berdiri gagah dan di geruni serta setanding dengan bangsa-bangsa lain.

3. Sikap di atas kadangkala merosakkan status manusia sebagai ‘Hamba Allah’ yang seharusnya tunduk, patuh dan taat kepada suruhan dan larangannya, apabila berlaku juga perlanggaran hukum Allah dalam mencapai misi dan visi permodenan.

4. Penumpuan yang lebih kepada dunia menyebabkan manusia mencintai dunia dan tidak tunduk kepada Pencipta Alam.

Advertisements