Golongan ini bersifat pertengahan di antara tradisionalis dan modenis. Mereka cuba mempertahankan unsur tradisi manakala dalam masa yang sama bersikap terbuka terhadap pengaruh moden daripada barat dan golongan ini memperjuangkan Islam dalam ilmu akidah, syariah, dan akhlak. Mereka berusaha keras menghapuskan pemikiran khurafat, kesesatan syirik dan bidaah malah cuba membersihkan pemikiran dan cara hidup umat ke arah ajaran sebenar Islam.

Antara ciri-ciri aliran ialah:

1. Selamat dari kesesatan dan penyelewengan daripada unsur syirik dan bidaah, malah cuba menghapuskan bentuk pemikiran juga.

2. Menfaatkan kedudukan manusia sebagai ‘Khalifah Allah’ di muka bumi ini serta memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya.

3. Berusaha menundukkan semua sistem hidup seperti pendidikan, sosial, ekonomi, politik kepada Islam berteraskan kepada pandangan Islam.

4. Memperjuangkan motto ‘Islam Sebagai Cara Hidup’ yang syumul.

5. Berjuang ke arah menghidupkan pemikiran secara total dengan corak pemikiran Islam yang berteraskan kepada AlQuran dan AsSunnah.