Apa yang saya katakan sejak seminggu yang lalu bakal jadi kenyataan sebelum solat jumaat esok. Mereka akan berkumpul di Masjid Kampung Baru, mereka akan sama-sama buktikan bahawa mereka adalah wakil parti politik dan mereka sama-sama guna isu agama untuk kepentingan politik mereka..

Bukti bahawa ketua pemuda PAS dan ketua pemuda UMNO sama-sama berganding bahu membuktikan bahawa mereka adalah orang Islam yang menggunakan nama Islam atas kepentingan Parti politik yang mereka dokong! Malah mereka juga mengajak semua orang lain lain sama-sama menyertai usaha mereka mencemarkan masjid dan agama demi filem yang kononnya menghina Nabi Muhammad SAW.

Apa beza mereka dengan wakil DAP yang mempersoal kepentingan politik dan masa yang terbuang demi demo atau himpunan di masjid?

Saya terus dengan pendirian saya, bahawa mereka yang berkumpul itu langsung tidak menghormati institusi agama, pemerintah dan kuasa yang ada. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan membelakangkan kepentingan umat islam lain yang kononnya tidak cukup agama seperti mereka..

Itulah islam pada pandangan mereka! SubhanAllah!