Dalam AlQuran, jelas di sebutkan bahawa orang Kristian ialah sahabat orang Islam. Malahan orang Kristian Abyssina yang menyelamat dan melindungi orang Islam dari musuh mereka. Dalam AlQuran juga terkandung nasihat Allah kepada mereka yang beriman supaya membenarkan “Orang bukan Islam, bersembahyang dan menganuti kepercayaan Tuhan mereka sendiri. Mereka yang beriman akan bersembahyang mengikut cara beriman dan menganuti kepercayaan sendiri. Kepada yang beriman, kepercayaannya sendiri, manakala yang bukan Islam, mempercayai agamanya sendiri..”

AlQuran tidak mengajar permusuhan antara agama semata-mata kerana kepercayaan atau ajaran yang berbeza. Permusuhan hanya akan berlaku apabila menentang musuh yang menyerang atau mengancam kita. Namun, sekiranya musuh sudi berdamai, kita harus menerima dan berusaha mencapai pendamaian. AlQuran melarang sama sekali kesetiaan fanatik kepada golongan masing-masing sehingga menimbulkan perbalahan atau peperangan yang berlanjutan.

Inilah ajaran yang terkandung dalam AlQuran. Namun berapa kerapkah ajaran ini disebut atau di laungkan? Banyak perang agama atau jihad yang kononnya mempertahankan maruah agama sebenarnya adalah perang politik, di cetuskan oleh golongan yang mempertahankan agenda politik mereka dengan sengaja memesongkan ajaran agama supaya boleh mencetuskan peperangan sesama insan.

Posted via DraftCraft app

Advertisements