Pada setengah orang, sampah itu sampah. Sampah itu kotor. Sampah itu kuman. Sampah itu penyakit.

Dalam politik, sampah jadi isu dan perbalahan. Siapa dapat kontrak. Siapa lantik kontraktor. Semua itu masih dalam ‘kategori’ sampah.

Saya melihat unsur dalam sampah. Elemen yang ada dalam ‘timbunan’ sampah. Plastk, kertas, kaca, logam antara unsur yang bernilai. Yang tiada nilai adalah sisa makanan yang dah basi atau masam. Ada ada juga yang buang ‘sisa pepejal’ dalam kertas yang di balut plastik. Atau dalam pampers. Itu memang tak bernilai!

Saya masih melihat sampah itu adalah ‘sikap’! Asalnya sampah itu adalah dari ‘keturunan’ yang baik-baik, memberi ‘nikmat’, beri kekenyang dan memberi status pada sesetengah golongan. Orang bercakap, di rumah Peah itu hanya hidang biskut dan kopi, padahal rumah si Joyah tu hidangkan nasi hujan panas lauk kurma daging dan ayam masak merah. Lebih kecewa kalau si peah tu hidang biskut kerana Peah pernah kecewa kerana kita pernah berebut bekas suaminya yang sangat kita cintai. Kita tak sedar bahawa si Joyah tu tengah aim anak lelaki kita yang baru umur 18 tahun yang ada muka iras bintang KPop!

Kadang-kadang kita pun merenung juga.. Dari mana datangnya ‘gen dan kromosom’ anak lelaki kita yang macam bintang KPop tu… 🙂

Posted via DraftCraft app

Advertisements