Ulasan saya berdasarkan bacaan saya buku Dr Mujahid Yusof Rawa, Rejuvenasi PAS. Menurut buku tersebut, isu siapa pengganti jadi bualan di Kelantan. Bagi saya itu sangat kurang sopan walaupun memang benar berlaku. Dah jadi ‘Tiga Abdul’ pula, kerana wujudnya pula ‘kem’ yang di katakan menyebelahi pihak tertentu. Lebih menarik apabila di kaitkan dengan isu pembalakkan.

Dua kem yang menarik dan berkonflik, Kem Dato Paduka Husam Musa dan Kem Nik Abduh. Dua kem yang di katakan mempunyai kekuatan kewangan, pengaruh dan ketokohan. Cuma status menantu CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad itu saya tak pasti pula ‘menyebelahi’ siapa.

Apabila wujudnya catatan bahawa Dato Paduka Husam tidak menyebelahi Tok Guru, ada yang anggap ada ‘habuan’ yang terlibat. Malah ada juga cerita bagaimana ‘ketegasan’ Dato Husam Musa menolak permohonan balak dalam mesyuarat exco. Tetapi dikatakan ada proksi beliau dan duit yang digunakan untuk menonjolkan dirinya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.

Yang sangat menarik lagi, kedua-dua kem ini mula terbentuk di negeri lain di luar Kelantan. Kerana ini saya telah nyatakan berulang kali. Ini semua berlaku kerana PAS mula meniru perjuangan UMNO! Bukan lagi kerana ‘Islam dan Ketuanan Melayu’ di awal penubuhan PAS itu lagi dan PAS baru sedar setelah 57 tahun.

Posted via DraftCraft app