Hak Orang Bukan Islam untuk menerima Dakwah

Orang islam wajib dari segi agama dan kewarasan dan asas sebenar daripada pengakuan mereka, untuk menyampaikan Islam kepada orang yang tidak beriman. Orang yang tidak beriman menerima tawaran ‘pax islamica’ atau order baru dunia, iaitu manusia mesti menghentikan peperangan dan menyelesaikan perbezaan di antara mereka dengan aman dan berhubungan di antara satu sama lain. Secara intelektual dan kerohaniannya. Pax Islamica adalah jaminan kebebasan untuk menyakini dan di yakini tentang kebenarannya. Ini menunjukkan bahawa orang yang di dakwah dari golongan bukan islam boleh mempertimbangkan kebaikan dan keburukan melalui apa yang di sampaikan kepada mereka. Al Quran melarang penggunaan perkataan yang menggangu dalam proses tersebut. Allah berulang kali memberi amaran kepada RasulNya supaya tidak memaksa setelah baginda menyampaikan dakwahnya, dengan melepaskannya daripada tanggungjawab bagi keputusan orang yang di dakwah untuk menerima atau menolak, atau tidak membuat keputusan. Yang paling penting:

“Tidak ada paksaan dalam agama (islam), kerana sesungguhnya nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh, yang tidak akan putus.. ” – Al Baqarah 2:256

Advertisements