Sebagaimana apa jua perbentangan tesis secara teori, penerangan mengenai Islam kepada orang bukan Islam boleh menggunakan semua bukti yang ada ; tetapi ia tidak boleh lebih daripada hanya membentangkannya. Kepada orang yang terlalu bersemangat dan mengambil penolakkan manusia daripada menerima dakwah ke dalam hati, atau sesiapa yang cuba melepasi batas dalam mengemuka kan kebenaran mengenai Islam , AlQuran memberi amaran:

” Jika tuhan kamu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada dibumi (tetapi tidak dilakukanNya). Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman? ”

” Wahai sekelian manusia! Datang kepada kamu kebenaran (AlQuran) dari tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa keatas dirinya sendiri..” (Yunus 10:99, 108)

Keadaan Islam yang sebegini adalah amat neutral. Untuk menggangu proses yang melibatkan perkara intelek dengan membawa dan melihat apa yang lebih dari hujah boleh merosakkan proses itu. Gangguan seperti itu mengandungi ancaman kepada penyatuan dan kesahihan manusia.

Tambahan pula, suatu keputusan yang di ambil melalui paksaan, suapan atau gangguan yang lain bukan merupakan keputusan yang dibuat. Iaitu ianya berlaku bukan disebabkan kehendak sendiri dan dianggap tidak bermoral. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam keputusan itu dan pendakwah yang ‘menolongnya’ kepada keputusan itu melalui jalan yang tidak sah patut dibalas dengan azab neraka. Dari pandangan Syariah, keputusan untuk memeluk Islam itu tidak sah dan batal kepada subjek dan suatu jenayah yang boleh di dakwa kepada pendakwah sebagai penyampai.

Advertisements