Bagaimana mengenalpasti kepentingan komunikasi dalam pengurusan, meninjau adab komunikasi dalam islam, teras komunikasi dan permasalahan yang di hadapi.

Islam itu amat menitikberatkan skil dan kebolehan berkomunikasi dengan cemerlang, malah ciri-ciri khusus seorang muslim itu adalah berkata benar dalam pengucapan dan perbuatannya.

“hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang yang benar..” – at-taubah: 119

Antara fungsi komunikasi adalah menjalin hubungan dan berkemahiran mengambil berat tentang diri orang lain. Kemahiran bertanya, kaedah pertanyaan yang betul akan memudahkan kita memahami seseorang.

Kemahiran berkorban iaitu mendahulukan kepentingan orang lain berbanding dengan dirinya sendiri juga amat penting. Antaranya kemahiran membuat orang lain berasa dirinya selamat dan sangat dihargai. Dan berkebolehan menjaga keselamatan dari segi psikologi dan fizikal.

Rangsangan emosi ini juga boleh diberikan dengan menggunakan kata-kata yang positif seperti berbual, memuji, bergurau dan sebagainya.

Berkongsi pengalaman adalah komunikasi yang sihat serta cemerlang akan menimbulkan perasaan perkongsian di kalangan manusia yang berkomunikasi. Islam sebagai agama yang amat istimewa kerana ia bersifat alami dan rabbani menganjurkan manusia agar bersatu padu serta berkongsi segala kenikmatan yang di perolehi.