Sejak dulu saya memang sedar bahawa agama itu sentiasa jadi perbalahan dalam politik dan masyarakat. Siapa lebih alim, siapa lebih amal, siapa lebih bersedekah dan siapa yang zuhud.

Tapi benarkah itu yang kita pelajari dalam memahirkan diri dengan ilmu agama?

PAS sedaya upaya sedang cuba jadi UMNO! Baru mahu bekerjasama dengan bangsa dan agama lain. Ketika PAS keluar UMNO dahulu? Bukankah mereka mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan bukan islam?

Orang muda UMNO pula mahu orang agama meneraju UMNO sebagai sayap kanan parti. Tidakkah pelik jika UMNO pula cuba jadi PAS? Sedangkan UMNO sejak dahulu ‘simpan’ serban dan kopiah apabila keluar masjid, hanya bertemu dan mengadap tuhan atas kapasiti individu. Orang UMNO sejak dulu berhubung dengan tuhan atas sifat peribadi dan sulit menyembah tuhan yang ESA.

Orang UMNO menghulur salam kepada bukan islam sejak awal penubuhannya lagi. Mengapa islam orang UMNO di ragui? Kerana orang UMNO cuba pakai suit dan ‘coat’ bertali leher berhubungan dengan bangsa dan agama lain seluruh dunia? Maka orang PAS anggap orang UMNO kafir?

Hebatnya UMNO kerana pegangan agamanya, bangsanya dan negara malaysia ini. Bukan kerana taksub kepada ketua bahagian, ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda atau ketua puterinya. Kita semua sedar bahawa tempoh yang panjang ini bukan hanya kerana seorang ahli agama, seorang individu atau seorang Perdana Menteri.

Yang masih mengukuhkan UMNO adalah kerana kesepakatan yang wujud dalam bangsa melayu itu sendiri. Manakala bangsa melayu yang kecewa pula cuba merosakkan dengan segala perbuatan. Tapi harus ingat, sepanjang tempoh itu UMNO masih kekal dengan perjuangannya. Masih berusaha memimpin generasi lain sebagai pelapis pemerintahan negara.

Cari sepotong ayat yang boleh membuktikan bahawa saya berbohong berkaitan UMNO. Atau cuba melihat mereka yang memang sengaja mencari kesalahan sesama sendiri? Tanpa mahu menerima bahawa perjuangan yang UMNO bawa ini benar-benar menyeleweng dari Islam dan menghapuskan sendiri entiti bangsa lain sebagai skala kejayaan negara.

Ada bangsa yang pupus di negara ini? Agama yang di larang sama sekali ajarannya? Cuba lihat sendiri pertambahan bangsa lain dalam negara? Dimana pendirian kita apabila berada di negara lain? Adakah mereka & negara lain lebih Islam dari kita?