Saya terkejut bila dengar anak-anak rakan dan sahabat taulan dari negara jiran yang sanggup hadir menyertai demo BERSIH 3.0 tempoh hari. Saya benar-benar kagum dengan sesetengah ibu bapa yang sudi membiayai tambang anak-anak balik dari negara matahari terbit, negara timur tengah, negara bebas seksual, negara atas angin dan negara bawah angin.

Dengan bangga pula mereka menerima BERSIH dan demo dan pilihanraya adalah hari KEBESARAN yang perlu di sambut. Saya lupa bila kali terakhir mereka sambut hari raya aidilfitri atau aidil adha di tanahair ini.

Saya bertambah kagum apabila ada yang sanggup membatalkan jadual HAJI kerana takut pilihanraya berlaku ketika musim haji. Sungguh hebat bangsa melayu islam ini. Tambahan pula dengan fatwa ustaz-ustaz alim ulamak yang menegaskan bahawa hukum memilih PILIHANRAYA itu lebih baik dari RUKUN HAJI.

Saya akan terus mengagumi mereka. Tahniah!