Saya tak pasti penulisnya Dr Ooi Kee Beng ini berpihak kepada siapa. Sama ada beliau seorang yang benar-benar bebas politik atau mungkin juga di bayar untuk menghasilkan sebuah buku biografi.

Saya agak, mungkin ramai yang percaya dan terpengaruh dengan rancangan DAP dan masa depan Malaysia di tangan mereka, atau maksud lain DAP bakal memerintah negara. Tapi jujurnya saya percaya bahawa perjuangan DAP adalah perjuangan memelihara kepentingan kaum cina yang lain dan juga cina-cina yang terdapat di seluruh pelusuk dunia.

Buktinya, anggapan dan tuduhan mereka (DAP) terhadap bangsa melayu hanya mencetuskan pertelingkahan. Mereka juga yang melaga-lagakan melayu lain. Seperti malaysian-malaysian, hak sama rata, peratusan pemilikkan aset harta, pendidikan dan fungsi-fungsi kebangsaan atau kemelayuan yang wujud dalam sistem pemerintah negara.

Walau pelbagai tuduhan mereka terhadap pemerintah yang lebih awal antara yang masih hidup dan tidak lagi berkuasa. Apa mereka boleh lakukan?

Mahu jadi seperti PAS juga yang menyalahkan Tun Dr Mahathir yang menghalang hudud, sehingga dah dua Perdana Merteri Malaysia bertukar, PAS masih terus memberi alasan bahawa UMNO adalah penghalang. Kelakar bukan?

Pergolakkan 13 Mei juga membuktikan bahawa DAP menikus apabila melarikan diri sedangkan terdapat ramai cina lain mati tak berkubur. Bukti mereka bukan berjuang untuk bangsa mereka sendiri juga. Hanya menjadikan bangsa lain sebagai kambing hitam.

Mengapa kini Sabah dan Sarawak menjadi perhatian mereka yang berpolitik? Siapa kuasa terbesar di sana? Mengapa BN terus memancing undi disana? UMNO boleh buat apa di sana? Atau lebih tepat BN?

Sejak 1969, hubungan DAP dan ‘Malaysia Timur’ memang intim, tapi mengapa masih berpihak di tangan kerajaaan BN? Sejauh mana kekayaan dan ‘simpanan’ orang kaya-kaya di sana? Adakah hasil kekayaan Sabah dan Sarawak hanya di monopoli oleh kaum atau bangsa tertentu? Mengapa mahu kuasa BN juga? Jika mereka terpisah dari Malaysia pun, adakah mereka akan menjadi negara yang huruhara atau miskin?

Saya hanya ada satu konklusi, sebenarnya DAP hanya biawak! Menenggek di atas kepala BN dan mencakar sehabis mungkin.