Berapa upah yang di perlukan? Adakah itu ilmu kemahiran? Penyalahgunaan? Atau berkepentingan?

Apa yang di perlukan untuk mempengaruhi orang lain bagi tujuan memperdaya fikiran asalnya kepada fikiran yang kita mahu tentukan. Adakah dengan cara itu kita di katakan berjaya menentukan siapa yang beroleh kemenangan berdasarkan penipuan minda.

Penipuan atas penipuan, kita tipu dia, dia tipu kita, watak seorang talam dua muka! Kita melatih orang untuk menjadi kianat dan bersubahat dengan kita demi mencapai matlamat kita sendiri.

Sama ada di barat, timur tengah atau mana-mana kutub, pembilang maksud yang tersirat atau tersurat itu memang jelas! Jenayah terancang yang paling klasik! PENIPUAN! Hari ini nama sopannya adalah ‘spin’ atau ‘manipulasi’. Tapi kaedah dan modus operandinya sama.

Menjadi bayang-bayang orang lain tidak membuat kita lebih baik dari sesiapa, cuma menjadikan kita seperti anjing yang takut bayang-bayang. Menyatakan kebenaran itu adalah perlu, malah menyembunyikan aib itu pula adalah perlu juga. Tapi permainan minda orang yang mengaku beragama dan orang politik, pasti tidak akan sama.

Kerana mereka hanya mahu kebenaran yang hanya mendatangkan untung / faedah kepada diri masing-masing sahaja. Selebihnya eloklah di simpan sebaik mungkin. Mungkin perlu di masa akan datang.

Advertisements