Menurut Tuan Guru Haji Nik Aziz, PAS tak pernah menjanjikan syurga pada sesiapa. Tetapi Tuan Guru ada menyatakan bahawa ada pahala jika menyokong pembentukan negara Islam atau menyokong Parti yang berlandaskan islam. Erti kata lain, bahawa memberi undi kepada pihak PAS adalah pahala.

Pentingnya mendapatkan kerusi dalam pilihanraya, mendapat tempat dalam parlimen dan dewan rakyat adalah keperluan dalam pembentukan negara demokrasi. Benar, Tuan Guru percaya bahawa amalan pentadbiran negara Malaysia ini adalah kerana demokrasi. Hasil kemenangan pilihanraya itu adalah salah satu cara atau tuntutan untuk mempunyai kuasa. Maka perlu berpolitik untuk mencapai matlamat memperkembangkan agama islam di tanah melayu ini.

Saya percaya bahawa ada setengah pihak mencemarkan nama baik Tuan Guru dari segi pemahaman politik yang tidak sihat. Manakala kerja sama dengan bukan islam dan bekerjasama dengan yahudi itu juga adalah gimik perjuangan PAS yang tak pernah berkata benar dalam mengadili ahli keluarga politiknya dengan ayat yang paling mudah.

Terangkan apa itu fatwa / Amanat Haji Hadi, apa itu Negara Islam yang di tentang oleh DAP rakan politiknya sehingga Karpal Singh sanggup orang lain melangkah mayatnya terlebih dahulu.

Ada beberapa lagi ungkapan, ayat yang saya boleh ingatkan, tapi langkah mayat, amanat haji hadi, bekerjasama dengan syaitan adalah ayat yang tidak sepatutnya wujud kerana perjuangan politik. Kerana sesungguhnya Kafir itu adalah jaminan Neraka! Itu janji tuhan!

Advertisements