Apa lagi yang mahu di buktikan? Memang sejak dulu, generasi muda sentiasa mahukan kebebasan dalam mengadaptasi, mengenengahkan idea baru dan cuba memulakan prinsip pemikiran yang baru. Padahal sejak wujudnya manusia, se awal Nabi Adam a.s. dan, anak-anaknya Habil juga Qabil, telah membuktikan bahawa manusia itu tak kira muda atau tua atau apa status pun. Kejahatan sentiasa menang dalam diri manusia. Sejauh mana kritis atau puitis seorang yang berlabelkan manusia itu adalah tidak terpelihara dengan kisah dan tauladan. Hari ini perbuatan baik di sangka buruk, mungkin juga perbuatan buruk di sangka baik.

‘Niat buruk, jahat prasangka’ itu adalah biasa dan normal dalam pemikiran manusia. Tambahan pula dengan perbuatan atau perlakuan bagi melengkapi niat tersebut. Maka kejadian demi kejadian akan terus berlaku.

Apakah pembuatan ‘mematikan’ anak dalam kandungan seorang ibu muda itu lebih baik kerana ingin menyelamatkan nyawa ibu muda tersebut? Semestinya kerana sebab dan alasan yang baik jika bayi itu mempunyai kompilasi yang bakal memudaratkan nyawa kedua beranak tersebut. Itu contoh dalam konteks sains. Pernah dengar contoh dalam agama? Bagaimana seorang islam itu mengaku kafir dan tidak islam hanya kerana hukuman mati yang bakal di terimanya? Kisah para sahabat nabi muhammad saw yang merampas dan membahagikan sesama mereka harta rampasan perang?

Hari ini jika kerajaan negeri berpakat membahagikan harta negeri dengan niat mengembangkan agama islam, adakah kita akan percaya?

Atau, para pembesar negeri menerangkan bahawa ada jalan besar yang bakal di bina dan memerlukan duit kutipan derma bagi membangunkan lebuhraya tersebut? Sahih? Boleh terima?

Atau, mungkin kerajaan pusat memerlukan buruh paksa untuk di hantar keluar negara untuk membina landasan keretapi di luar negara dulu adalah cara menguruskan negara yang betul?

Hari ini siapa yang betul? Saya? Anda? Atau kita tunggu apa mimpi kita malam nanti? Atau kita biar islam itu menentukan bahagian syurga mana yang kita boleh pilih apabila kita mati kelak..

Advertisements