Pendirian mencari kebenaran, ‘thalabul haq’, perseimbangan di antara kerja otak, tempat filsafat bermain, dengan kerja hati, tempat agama berurat; kerjasama di antara fikiran, cita-cita dan perasaan halus, dengan itulah kita mencuba berjalan-jalan di tepi permatangnya filsafat..

Agama Islam daripada sumbernya yang asli, iaitu Al Quran, adalah pembela filsafat. Bagaimana akan di mungkiri, padahal di dalam kitab suci itu sentiasa di sesali orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya. ‘Tidakkah kamu akali?’ ‘Tidakkah kamu fikirkan?’ ‘Ambil perbandinganlah, hai orang-orang yang mempunyai pandangan.’ Dan lain-lain lagi, beratus-ratus ayat, untuk mengetuk pintu kesedaran fikiran..