Hidupnya orang yang berakal, tegak di garis masing-masing, menjaga hak sendiri dan menghormati orang lain di dalam haknya pula. Bersama berkhidmat kepada keadilan dan peraturan.

Gerak geri di dalam sopan, duduk tegak di dalam adab, fikir dulu baru amal, jangan terdorong-dorong sahaja. Bukan hidup sebarang hidup, babi di hutan hidup juga, tapi dari harta orang; anjing di kandang hidup juga, tapi dari lebih-lebih tulang; kucing di rumah hidup juga, tapi hidup makan sisa.

Hidup indan lain letaknya. Lazatnya akal sempurna basa, mulia hati lautan faham, penuh melaut kira-kira. Putaran alam dua perkara, pertama Iman, kedua Islam.

Begitulah hidup orang berakal..