Yang membezakan UMNO dan PAS? Serbannya kah? Panjang janggutnya kah? Atau labuh jubahnya kah?

Melayu? Islam? Keturunan? Sasterawan? Bangsawan? Angkasawan? Ungka-wan? Yang menjadikan islam itu adalah parti politik?

Yo! Yo! Yo! Whats up brother!! Islam lu kat lututkah? Himpunan belia it haram, ustaz azhar main gitar tengah malam itu islam? Lu ada guna otak tak? Himpunan atau ustaz azhar itu tak menjadikan kita lebih islam kalau kita tak hadir pada kedua2 majlis tersebut!

Masalah belia atau remaja nak maksiat juga bukan kerana himpunan sejuta belia, tahun baru, 31 ogos atau malam raya, atau malam hikayat seribu satu malam.

Pilihan untuk jadi islam bukan kerana kerajaan yang memerintah, saiz masjid, bendera, atau mursidul am. Kita tak akan jadi islam kalau kita berkumpul setengah juta untuk pilihanraya yang adil kalau kita tak tahu apa itu rukun sembahyang..

Jika kita fasih berbahasa arab sekalipun, tak menjadikan kita lebih islam kerana rupa kita macam arab juga..

Yang menjadikan kita lebih islam, apabila kita buka hati, menerima apa itu perubahan, hukum, syarat melaksana tanggungjawab sebagai seorang islam..