Baca tulisan Tun Dr Mahathir berkaitan kekejaman Polis DiRaja Malaysia dalam usaha menangani ‘bencana’ BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

1. Saya berada di barisan kedua selepas PDRM di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 yang lalu. Erti kata lain, saya berada di lokasi.

2. Saya tak akan cerita perlakuan Polis atau Penguatkuasa DBKL atau pihak berkuasa lain. Boleh baca sendiri dan menilai dari gambaran penulis atau berita yang di siarkan.

3. Perkara 9 yang Tun Dr Mahathir maksud berkaitan peranan Majlis Peguam dalam perhimpunan BERSIH 3.0 itu mengingatkan saya peristiwa yang berlaku pada hari 28 April tersebut.

4. Percaya atau tidak, mereka yang guna lambang ‘peguam’ tersebut memakai ‘suit coat dan tie’. Mereka juga menyandang beg ‘notebook’. Tapi saya kurang jelas apa jenis ‘barangan’ yang mereka bawa.

5. Mereka ini akan terpekik terlolong bila nampak pegawai polis yang menangkap atau cuba mempertahankan diri. Memarahi pegawai polis yang menyentuh mana2 peserta baju kuning. Mereka cuba mencatitkan nama para pegawai polis tersebut macam pengawas sekolah rendah darjah 3!

6. Kebodohan lebih ketara apabila mereka ini yang bergelar ‘wakil majlis peguam’ mendiamkan diri pada perusuh yang melempar batu atau objek kepada orang ramai, penguatkuasa, polis dan kenderaan awam, kedai2 berhampiran.

7. Kamera digital tidak di benarkan atau boleh guna dalam mahkamah. Tapi kamera yang mengunakan ‘negetif dan filem’ itu boleh! Jika mereka bijak, pasti mereka akan bawa kamera itu sebagai bukti. Kerana video dan rakaman digital sudah tidak boleh di jadikan bukti sahih.

8. Sebagai orang yang berada di lokasi kejadian, kini saya puas hati. Kerana kini saya benar2 yakin, orang2 yang berkumpul dan berbaju kuning itu adalah benar2 orang yang gila! Tak siuman!

Advertisements