Haram pada mereka yang tidak ada ibu. Bagi yang ada ibu, adalah wajib! harus! menyambutnya dengan apa cara sekalipun.

Tak kisah lah sama ada ibu anda adalah melayu, cina, india atau serani. Atau ibu anda mungkin yahudi, serbia, turkistan, afganistan, go head gostan! Jika anda ada ibu, tanggungjawab anda menyanjungi ibu anda walau apa cara!

Adalah lebih baik jika anda juga boleh menghormati ibu orang lain, ibu susuan, ibu tumpang, ibu angkat atau IBU AYAM sekalipun. Fahamilah batas dan adap yang anda miliki dengan suasana sekeliling. Semua ibu itu adalah manusia yang patut dapat penghormatan.

Itu cara saya! Bukan kerana fatwa atau undang-undang sesebuah negara dapat mengubah pendirian saya!

Saya sayang ibu saya! Begitu juga ibu-ibu lain..