Setiap 10 orang, kesemua 10 orang tersebut lebih percaya berita yang di baca di Facebook atau apa sahaja berita di akhbar atau media semasa, berbanding dengan Fatwa yang di keluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Keupayaan dan kelebihan orang melayu! Ada deria yang ke enam!

Ada sesiapa tahu bagaimana fatwa itu di ‘hasilkan’ & bagaimana warta itu di buat? Bagaimana ianya mempengaruhi setiap orang? Atau bagaimana fatwa berada dalam sistem perundangan negara?

Saya? Saya juga jenis orang yang lebih percaya berita / maklumat yang di fikirkan ‘perlu’ untuk saya tapis dan menerimanya sebagai berita. Dunia hari ini, hal kematian pun orang buat main-main.

Orang hari ini menerima ramalan cuaca sebagai ‘tanda kiamat’, bukan gurauan jika anggap perkara seperti amaran ‘tsunami’ yang menyebabkan pulau pinang tengelam, port dicksons juga tengelam.

Yang berlaku hari ini, capaian data kepada keputusan nombor ramalan juga lebih tepat dari ‘petikan hadis, ayat quran terjemahan atau bentuk ilmu ilmiah’ akedemik lain. Malah perniagaan / skim cepat kaya lebih mudah di daftarkan sebagai perniagaan yang sah daripada memberi sumbangan zakat kepada fakir miskin. Ini adalah gaya hidup masa kini.

Bagaimana dengan fatwa politik? Insuran? Perniagaan? Pendidikan? Perbankan? Kemahiran hidup?

Sejauh mana orang kita faham dan benar-benar jelas apa itu yang di klasifikasi kan sebagai perlembagaan, sistem perundangan, majlis agama dan kuasa eksekutif atau hak asasi seseorang manusia?

Itu asasnya pada pemikiran yang mudah. Saya langsung tak cuba mengelirukan atau mengalih isu tersebut. Itu benar pada saya!

Advertisements