Terharu saya! Bila ada kawan-kawan yang sanggup bawa baju kuning / sepanduk bersih ke madinah / mekah. Saya benar-benar percaya bahawa dalam urusan hal ibadat, warna kuning dan sepanduk bersih itu adalah bukti dan saksi penting dalam menentukan amalan harian kita.

Dulu mungkin hanya kopiah dan janggut. Tapi sekarang dunia dah maju. Ada cara baru dalam menentukan tahap keilmuan dalam beragama. Seorang yang muslim belum tentu masuk syurga jika parti politiknya adalah bercampur-campur dengan bukan muslim. Tapi jika bukan muslim yang menentang islam itu pula mungkin boleh di jadikan rakan politik untuk menegakkan negara islam. Hebat kan?

Itu belum pertikaian antara ‘hari’.. tahun baru gregory, hari raya, maulud nabi, awal muharam, tahun gajah, hijrah, israk mikraj, talkin, bilangan isteri, kenduri dan jenis tudung, jenis bendera atau jenis karpet yang nak di pasang di masjid-masjid.

Semua yang halal boleh jadi haram! Yang haram memang tipis untuk jadi halal. Tapi untuk menghalalkan sesuatu yang haram itu ada lah cara dan syaratnya.

Perjelaskan satu persatu. Bukan berdiam diri.

Advertisements