Akan sampai juga waktunya, tidak tercepat atau terlambat walau sedetik. Tapi yang pasti cuma, jarak masa itu antara orang yang kita sayang atau kasih juga tidak terkecuali.

Mata dan hati saya sering melihat ‘gaya’ yang terjadi kepada mereka yang ‘kaya’ dan ‘miskin. Entah mengapa hati ini begitu meruntun bila berada di majis ‘pemergian, tersebut. Ada yang ‘senang’ pergi, ada yang ‘susah’ pergi..

Semuanya di atur tuhan dengan sempurna.. saya tak pernah mempertikai ‘masa’ yang telah tuhan berikan. Aturannya juga sentiasa menyenangkan orang lain. Walau betapa besarnya ‘dosa’ seseorang kepada orang lain, atau sebaliknya dengan kebaikkan.

Sedetik kebaikkan di sebut orang, sepalit kejahatan juga di kenang orang. Bila berpisah roh dan jasad, sudah tidak ada lagi lambang kebesaran atau pangkat atau harta yang akan dibawa bersama. Tapi bagi yang berjasa, orang akan sempurnakan dengan penuh segala adat istiadat!

Tapi jika orang kebanyakkan yang hina seperti saya, orang akan ‘bungkus’, korek lubang, tanam!!

Wasallam..