‘.. Lebih baik mati, daripada hidup tapi hanya menyusahkan orang lain! ..’

‘.. kecik kecik tak nak mampus, dah besar menyusahkan orang!.. ‘

‘.. kalau aku tahu beginilah jadinya.. masa kecik dulu patut aku picit picit kasi mati.. ‘

Saya hanya ulang ayat yang agak popular, dulu pun saya dengar, hari ini pun saya masih dengar.. bak kata orang dulu2, ‘.. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. ‘

Kita pernah ungkapkan? Ucapkan kepada sesiapa? Kenalan? Sahabat handai? Ahli keluarga? Emm.. jika mereka masih hidup, masih sempat nak minta maaf. Tapi kalau mati, saya tak ada cara untuk menebus kembali dosa tersebut walaupun dengan bertaubat! Dosa antara manusia dan manusia ini perhitungannya lain.

Saya menerima segala keburukkan itu kerana kelemahan diri, kekurangan ilmu atau kurang asuhan. Yang pasti ilmu itu memang tiada di mana2 IPTA atau IPTS! Malah tak melibatkan PTPTN pun.. 🙂

Kalau terasa hati, baguslah! Masih ada waktu dan kesempatan dan menunjukkan ada KPI dari tuhan.. tapi kalau tak mendatangkan apa2 rasa hati.. Berdoalah kembali.. agar tidak menyusahkan orang lain atau waris yang tinggal..