Saya tak nampak kita berada di hadapan jika dalam maksud / erti kata kebaikan. Benar kita jahat, tapi setidaknya kita masih mahu mengubah ke arah yang lebih baik.

Saya tak pasti pula jika ada yang mengaku dia lah yang lebih baik dari orang lain, tapi mungkin hanya saya yang jahat. Manakala orang lain adalah baik semuanya.

Bergurau atau mempersenda ketua negara itu bukan gurauan, atau seni yang di benarkan oleh agama. Benar pemimpin kita bukan nabi, tapi jika tak suka adalah lebih baik mendiamkan diri. Itu lebih tepat. Bukan saya mengajar begitu, tapi itu adalah tuntutan agama.

Kita tak hormat orang, orang tak hormat kita! Itu cara saya ‘beroperasi’ dalam urusan seharian, tapi jika mereka itu ‘terpilih’ menjadi ‘pemimpin’ atau ‘pemerintah’, saya boleh menerima segala kebaikan dan keburukan mereka dengan ingatan itu adalah ‘pilihan’ dan corak yang tuhan tentukan..

Politik? Dalam bahasa yang sopannya adalah ‘bangsat’! Kerana agama yang mereka anuti pun mereka ‘mempersenda’! Adakah tanda kematian, keranda, batu nesan itu ‘politik’?

Haram ‘patung’ ada dalam rumah, tapi mengubah ‘muka2’ dalam gambar dengan niat mempersenda itu apa pula hukumnya?

Bukan lagi ‘selangkah’, tapi dah berada dalam zaman yang berbeza.. tak mengapalah jika itu yang di pilih!

Saya akui.. ayat sepatutnya adalah.. ‘akhirat jawab!’ 🙂