Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – ‘ Islam adalah agama bagi Pesekutuan;’ atau dalam teks asalnya ‘islam is the religion of the federation;’. Jika diterjemahkan kedalam bahasa arab ia bermaksud – ‘islam deen alDawlah’. Bersandar kepada ketinggian kedudukan islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.