Berdasarkan definasi politik mahasiswa di pengajian tinggi di lihat dari sudut apa?
Politik bukan hanya menfokus terhadap pentadbiran urusan hal ehwal pemerintahan negara semata-mata, malahan ia meliputi sesuatu lebih luas sehingga kecintaan kepada negara itu juga di katakan sebagai termasuk dalam urusan politik.

1. Seminar-seminar dan majlis-majlis diskusi di mana soal-soal politik, ekonomi dan sosial diperbincangkan. Dalam upacara-upacara seperti ini, para mahasiswa di bawa berfikir, berbincang dengan tokoh politik tanahair dan seterusnya memberikan pandangan-pandangan mereka tentang sesuatu masalah.

2. Kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pertubuhan pelajar seperti yang terdapat dalam mesyuarat-mensyuarat mereka dimana resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan di keluarkan untuk tatapan umum atau perhatian kerajaan.

3. Penerbitan akhbar-akhbar, majalah dan ‘newsletter’ ataupun kenyataan-kenyataan akhbar dimana para mahasiswa melafazkan cita-cita politik mereka.

4. Demonstrasi atau tunjuk perasaan di mana para pelajar cuba menyampaikan pandangan dan falsafah perjuangan mereka, dan

5. Penglibatan pelajar dalam parti politik.

Itu semua telah lama berlaku. Tapi yang menyalahkan AUKU 1971 pindaan 1975 di main semula oleh ahli politik peniru! Menciplak untuk popular dan menjadi jaguh dalam politik semasa.