Saya hanya perjuangankan tuntutan elaun penguatkuasa! Selama ini saya hanya mempertikaikan pengurusan Jabatan Penguatkuasaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkaitan dengan Elaun Penguatkuasa.

Elaun Penguatkuasa itu berjumlah RM 200! Jika ada yang tak mahu, tak mengapalah. Tapi untuk pengetahuan semua, semua anggota penguatkuasa dalam mana-mana PBT di dalam negara ini dapat! Yang tak dapat hanya Penguatkuasa DBKL.

Kuasa yang kita miliki tak setaraf atau setimpal dengan mana-mana PBT di Malaysia? Atau kita badan berkanun yang gred rendah?

Jika saya nyatakan gaji seorang konstabel Polis Trafik PDRM dan seorang anggota trafik DBKL, bezanya lebih dari RM 1600 ringgit malaysia! Pasti ada yang bunuh diri lagi! Elaun Metana / asap, Elaun motosikal, Elaun Polis, Elaun bantuan sara hidup dan sebagainya.. tapi melakukan tugas yang sama.

Akan saya terperincikan nanti setelah saya dapat bukti yang sahih! Sekarang saya dah dapat bukti percakapan sahaja. Tapi tuan-tuan dan puan-puan juga bukan bodoh! Tanya lah sendiri pada anggota Polis Trafik PDRM tu! 🙂

Wasallam..