Saya tak percaya bahawa politik itu akan berubah jadi baru, setiap tahun akan sama seperti kalendar. Setiap tahun baru, ada perayaan, ada cuti ada pelbagai kiraan hingga 365 hari, kemudian akan di kira semula dengan bilangan angka yang sama. Kecuali setiap tahun mempunyainya lebih dari 400 hari, dan tahun berikut akan jadi 450 hari pula.

Perjalanan dasar sesebuah negara itu memang bergantung kepada pemerintah semasa. Siapa yang melaksana, mengubal atau menjalankan tugas-tugas hal berkaitan dengan kemasyarakatan itulah yang menjadi cerminan kepada nasib rakyat seluruhnya.

Setiap kali tak selesa atau tak sedap bawa kereta, kita tukar kereta baru. Tapi masih mengunakan jalanraya dan lebuhraya yang sama. Sama ada kereta baru, buruk, mahal atau kereta yang di beli secara skrap, jumlah tol tetap sama. Kualiti jalan dan persekitaran juga sama.

Cuma, sesiapa yang ada kereta yang lebih laju, akan sampai lebih cepat dari kereta yang kurang laju.

Mengunakan minyak sintetik atau separuh sintetik juga tak akan menyebabkan kereta buruk jadi laju. Tapi faktor semangat untuk jadi laju tetap ada. Walaupun secara hukum fiziknya, jika berlaku perlanggaran, hentakan perlanggaran tetap memusnahkan.

Bukan semua pemikiran itu adalah bertujuan baru akan meninggalkan yang lama. Tanpa sedarlah bahawa yang baru itu wujud kerana ada yang lama. Bukankah itu cara kita mewarisi?

 

Wasallam.