Fikiran saya celaru?

 

Suasana politik hari ini, mungkin ada orang anggap bahawa, politik itu perlu dalam kehidupan. Status masakini politik itu adalah kepartian. Politik berdasarkan logo parti dan menyokong kumpulan mana-mana kumpulan yang berkaitan. Sama ada menyokong, menentang. tak peduli atau langsung tak ambil perhatian  terhadap mana-mana kejadian alam.

 

Saya menuduh orang taksub, orang menuduh saya kafir. Dah jadi biasa. Bertambah parah apabila yang menjadi guru, pendidik, hal agama atau ustaz pula dengan sewenang-wenang pula beranggapan kerajaan zalim, kerajaan kejam. Tanpa sedar mereka sendiri belajar dan menjadi ustaz, imam atau bilal mana-mana masjid dengan gaji dan bantuan kerajaan.

 

Ini hakikat. Walau apa pegangan politik atau agama, kerajaan tak pernah pertikai mengapa pelajar tajaan mereka menyokong mana-mana parti politik. Tapi menjadi sedemikian akan meletakkan kita sebagai manusia tak kenang budi atau ibarat menanggung biawak hidup. Samalah sesiapa sahaja yang hidupkan hanya tahu menyalahkan dasar atau peraturan kerja dan diam apabila menerima gaji bulanan yang digunakan untuk makan dan menjadi darah daging.

 

Tiada istilah atas pagar atau tak menyokong, tapi lebih banyak kepada menyampah dengan suasana keperibadian seseorang wakil yang bertanding entahkan kenal ataupun tidak. Tetapi terpaksa menyokong kerana di bawah logo yang sama.   

 

Wasallam.

Advertisements