Seorang budiman, seorang mulia jasa, di aibkan orang, dilupakan orang, tetapi orang yang sudi menurut perintah orang yang banyak, diangkat. Apa sebabkah itu?

 

Sebabnya ialah kerana orang yang sama hidup dengan dia hendak berlumba dengan dia. Orang sakit hati mengapa ilmunya dan akalnya begitu lanjut, sedangkan orang lain tidak mendapat. Kadang-kadang apa yang dikatakannya itupun terasa oleh orang lain, tetapi orang lain itu kedahuluan olehnya. Sebab itu dengan segala daya upaya mereka berusaha hendak menghapuskan kelebihannya atau menjatuhkan darjat yang telah di capainya.itulah sebabnya orang mulia jasa itu banyak sekali yang membencinya. Hasad dengki melihat kemajuan orang lain dalam perkara yang sefasal ini, adalah rajanya segala macam hasad dengki di dunia.lebih besar hasad dengki orang terhadap mulia jasa itu daripada terhadap harta benda, kekayaan dan kebangsawanan. Akan dilagak dia dengan wang; akan di pujuk dia dengan pangkat,  dia tidak berkehendak pangkat. Sebab itu maka si hasad bertambah hasad juga.

 

Dia dibenci, tetapi dengan diam-diam langkahnya dituruti. Dia sengaja di singkir diri bersama-sama duduk. Bukan kerana dia busuk, tetapi kerana kalau dia hadir di dalam satu majlis. Maka dialah bulannya dan yang lainnya hanya menjadi bintangnya; muram cahaya bintang oleh cahaya bulan. Sebab itu dikarangkanlah fitnah – dia jahat, dia kianat, dia busuk, dia tidak ada harga. Dan semua itu di ucapkan dibelakangnya, tidak berani di depannya. Yang berani berkata demikian di hadapannya, hanyalah orang-yang tidak dapat menahan hati lagi, kerana tiap-tiap apa yang di ketengahkan, ‘memotong’ orang lain juga.

 

Terima kasih..

 

Wasallam..

 

 

Advertisements