Gambaran itu tak sama pada setiap manusia, tapi proses pemikiran setiap manusia itu hampir sama. Mahu jadi jaguh dalam apa jua bidang. Mahu di klasisifikasikan sebagai pemikiran era baru yang bakal mengubah fikiran manusia lain.

 

Jika di gambarkan pemikiran seorang bergelar penoreh getah atau nelayan, komposisi yang hampir sama adalah kerana jumlah makanan yang bakal terhidang untuk keluarganya.

 

Manakala pemikiran seorang anak teruna kepada si dara, untuk ada angan-angan memiliki keluarga yang bahagia, termasuk perancangan masa depan bersama tanpa ada keraguan sedikitpun tentang kesusahan yang bakal terjadi. saya andaikan itu adalah kerana ‘cinta’.

 

Cinta itu membawa kepada kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Entah apa istilah atau penggunaan ayat, saya yakini ianya hanya kerana kesukaan seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati.

 

Kita mahu mengubah, kita mahu berubah. Kita mahu orang lain faham dan sedar perubahan yang kita cuba lakukan, kita tak sedar bahawa mereka telah lama jauh berubah dan berada di depan. Kita buka pintu yang sedikit dengan harapan pintu itu terus terbuka.

 

Kerana kereta api yang kita cuba tahan, kita cuba pandu, kita cuba tumpang itu bukan lagi medium pengangkutan masa kini. rupanya mereka yang tertinggal itu telah lama naik kapal terbang yang berada jauh di langit tinggi.

 

Gambaran itu hanya kiasan atau perbandingan. Tapi jika kita renung semula, tamadun ilmu yang kita bakal ubah ini adalah milik kita sepenuhnya. Tamadun yang dahulunya dikenali dan yang pernah menjadi bangsa pelayar dan pedagang yang hebat dibeberapa kurun yang terdahulu.

 

Sikit perubahan yang mungkin makna besar pada setengah orang, banyak perubahan mungkin bawa sedikit makna kepada sebahagian orang.

 

Siapa yang takut ISA? Orang kebanyakan? Atau penjenayah atau ahli politik? Kumpulan yang takut hanya mereka yang mahu buat salah dan cuba melepaskan diri.

 

Siapa takut AUKU? Ibu bapa kepada anaknya bergelar mahasiswa? Ahli politik? Atau kumpulan kerajaan bergelar penjawat awam?

 

Guna kembali fikiran cinta itu. Lukislah apa sahaja catatan atau gambarajah. Saya melihat ISA itu hanya penting kepada “kumpulan tertentu”, tetapi AUKU itu adalah adalah pemangkin kepada TAMADUN BANGSA YANG BERILMU. Masa depan anak bangsa kita adalah terletak kepada kebijaksaan kita yang dewasa yang bergelar pemerintah yang adil dan faham apa itu ILMU pada tafsiran kepentingannya di dunia dan juga akhirat..

 

Akhirkata, permulaan ILMU itu memang bermula dengan ungkapan… “BACALAH….”

 

Wasallam..