Bagaimana seorang ketua itu di nilai? Berdasarkan jumlah pengikutnya atau jawatan dan pangkat seseorang itu? Saya mula meragui kepimpinan sesebuah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Kuasa dan pangkatnya di sisi perkhidmatannya. Memegang amanah dan tanggungjawab atau menikmati segala jenis kemudahan dan merebut peluang kepada ‘ketamakkan’ projek dan kepentingan diri? Atau kuasanya boleh memberi kelebihan dan pangkat kepada sesiapa sahaja yang di sukai?  Dari 1500 orang kepada 13000 orang itu jumlah dan angka yang besar. Saya agak sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pengaruh juga pasti besar dalam semua urusan pentadbiran.

 

ANDAIKATA ianya sebuah kementerian atau pihak berkuasa tempatan. Agaknya perlakuan ketua-ketua dalam jabatan itu bagaimanalah lagaknya.

 

Dari sekecil jawatan, sehingga ke jawatan utama sektor awam. Masihkah tidak dapat dinilai harga kemanusiaan yang sama-sama mencari rezeki dengan cara dan pegangan yang berlandaskan prinsip yang sama. Prinsip ‘keberkatan’ mencari rezeki yang halal dan mendapat pahala dari tuhan.

 

Satu suara mungkin tidak dapat mengubah keseluruhan sistem yang berada dalam pentadbiran yang diklasifikasi sebagai bandaraya bertaraf dunia. Tetapi, satu suara yang jujur menyatakan yang benar itu adalah suara yang mengajak dan mengajar orang lain untuk turut sama berkata benar. Sesungguhnya, setiap pekerjaan itu adalah mulia, jika niatnya untuk berbakti kepada orang lain. Saya percaya bahawa berkhidmat dengan pemerintah ( kerajaan ) itu adalah pekerjaan yang mulia dan kiraan pahala sebagai ibadah.

Terserah walau apa juga pandangan orang lain. Kerana sesiapa sahaja berhak menyatakan pandangan dan membuat keputusan. Kerana itu pilihan yang boleh di fikirkan oleh sesiapa sahaja…

 

Wasallam..