seluruh dasar dan agenda pembangunan negara semestinya berteraskan kepada prinsip agama negara dan bukan pemikiran atau pengaruh pemikiran sekularisme dan liberalisme kerana sifat kedua-dua pemikiran itu masing-masing menyisih dan menghakis agama dari kehidupan masyarakat dan ber-negara. Rakyat negara ini seharusnya menyedari dan bersyukur sebagai kerangka asas negara, islam telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sifat kemanusian yang dipupuk dalam minda umat melayu / islam, negara malaysia telah berjaya membawa semua kaum sama ada yang beragama islam atau nukan beragama islam ke mercu kejayaan dan keamanan yang berpanjangan – bebas dari cengkaman penjajah dan bebas dari ancaman komunis dan segala bentuk ancaman. justeru, ketika rakyat negara ini menikmati rahmat pembangunan dan keamanan ini, tiada pilihan lain selain dari terus memartabatkan kedaulatan dan ketinggian islam sebagai agama negara.