atas sifat dan kedudukan baginda yang di pertuan agong sebagai ketua utama negara ( the supreme head of federation ), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam negara ini bersumber kepada kuasa eksekutif baginda sebagaimana termaktub dalam perkara 39 perlembagaan persekutuan. justeru, berpaksikan kepada kedudukan islam sebagai agama negara dan komitmen ketua utama negara, segala agenda negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan agama negara..