Ramai curiga dengan pemberian gaji dan opsyen yang bakal di kemukakan oleh JPA. Saya memang langsung tak tahu kaedah yang digunapakai, terutama bab peratus atau kenaikan gaji tersebut. Berdasarkan komen orang ramai dan campurtangan Cuepacs, saya dapat rasakan ada yang tak kena. Selama ini pun saya tak pernah percaya bahawa Cuepacs betul-betul memperjuangkan ‘nasib pekerja’. Yang ‘nampak’ di mata saya, hanya kepentingan mereka dalam organisasi terbabit dan beberapa NGO yang mereka terlibat sama. Mencari pengaruh demi periuk nasi mereka. Yang pasti mereka ‘tabur pasir’ kepada periuk nasi orang lain pula, seolah-olah kerajaan pula yang ‘bersalah’ bila kerajaan nak naikkan gaji pekerja awam dan kakitangan kerajaan. Pelik juga! Kakitangan kerajaan tak mahu sambung tugas dan naik gaji.

 

Kuasa dalam JPA yang mengendalikan kadar kenaikan gaji tersebut adalah untuk gaji kakitangan yang berkhidmat. Tetapi ada orang JPA sendiri mengatakan bahawa kadar gaji dan ketentuan gaji adalah akibat pilihanraya dan kuasa politik. Adakah yang fikir serong itu telah mendapat ‘arahan tuhan’ yang mengatakan bahawa kerajaan hari ini kafir juga? Atau kerajaan hari ini kafir dan tak islam kerana isteri pemimpinnya tak pakai tudung? Jika benar sedemikian, mana pula pergi pemimpin yang islam dan isterinya bertudung litup itu nak muncul dan menjadikan negara ini islam sepenuhnya? Atau mana tok guru yang sanggup?

 

Amacam? Sedap tak baca? Bila kerajaan, islam, tudung, kepala isteri pemimpin dan tok guru di sebut sama dalam kaedah kenaikan gaji? Boleh terima?

 

Cubalah guna akal yang waras. Bagaimana peranan JPA atau ahli politik itu boleh ‘sama-sama pakat’ demi kepentingan ahli politik yang akan bertanding pilihanraya? Bagaimana? Cuba nyatakan. Yang ‘memangkah’ kertas undi itu hanya kakitangan JPA sahaja kah? Atau yang mengundi nanti hanya ahli UMNO, MCA dan MIC sahaja?

 

Jika benar JPA berpakat nak bagi gaji khas kepada orang UMNO dan BN sahaja, mereka tak perlu buat pilihanraya lah!

 

Wasallam..

Advertisements