Pagi tadi saya agak lewat sampai ke pejabat, ketika sampai, penceramah undangan Tuan Haji Ustaz Dzulkarnain bin Haji Hamzah telah pun memulakankan ceramahnya. Antara isi kandungan ceramahnya berkisar kepada jati diri dan pengisiannya. Tajuk nya berkaitan dengan program sambutan tahun baru Islam, Maal Hijrah.

 

Ustad Dzulkarnain merupakan pengacara program Imam Muda Astro Oasis. Antara rancangan berbentuk islam yang paling popular di waktu ini. Saya akui beliau merupakan penceramah yang berjaya menyampaikan maksudnya kepada pendengar dengan amat baik dengan cemerlang. Penuh dengan isi dan sindiran yang bermakna dalam proses penambahbaikan dalam pembentukan seorang muslim dalam mana-mana organisasi

 

Benar-benar buat saya berlapang dada dalam menerima nasihat yang baik dan berguna kepada orang-orang yang separuh umurseperti saya. Saya akui, bahawa sedikit masa lagi, saya juga tergolong dalam orang-orang yang kubur kata mari dan rumah kata pergi.

 

Entahlah jika saya punya masa untuk menyakinkan orang lain bahawa saya juga adalah orang-orang yang mahu melakukan perubahan juga. Terutama bab-bab ilmu yang mungkin dapat membawa saya dan rakan-rakan lain ke arah kebaikkan. Tapi niat sedemikian juga adalah doa dan pahala bagi orang-orang yang mahu jadi baik. Saya percaya itu adalah janji tuhan kepada setiap umatnya.

 

Selesai sahaja ceramah Maal Hijrah yang di sampaikan, saya terus menuju ke pejabat. Mahu segera masuk ke tempat yang ada aircond. Dan menerima pesanan ringkas yang menyebut ada rakan sekerja kena nombor ekor ( ToTo ) yang berjumlah 24 JUTA.. Ringgit Malaysia.. Bergegas saya mencari nama dan siapakah gerangan tersebut. Perkara sedemikian betul-betul menerujakan saya. Akhirnya saya tahu siapakah gerangan.. Buat saya tersenyum sendirian..

 

Baru saya sedar, apa yang saya dapat dari Ceramah Maal Hijrah pagi tadi dah pun hilang dari ingatan saya..

Wasallam..

 

 

Advertisements