Siapa? Kepada siapa layak di tujukan buka minda tersebut?

Kita mudah menyebut kepada orang lain, tetapi kita sendiri bercakap seolah pemikiran kira adalah utusan tuhan. Minda kita bertindak dan berfungsi sebagaimana minda orang lain juga. Pemikiran itu semestinya berdasarkan perasaan dan suasana sekeliling. Jika berada dalam kelompok orang politik, maka bicara politiklah. Jika berada dalam kumpulan perompak, maka berminda perompak lah kita. Itu hakikat dan realiti yang harus di percaya dan diterima.

 

Setiap pemikiran seseorang adalah berdasarkan budaya Bangsanya. Agamanya. Keturunannya. Ini juga prinsip awal yang mudah. Kita sendiri mengelarkan orang lain sebagai berbangsa-bangsa, memanggil gelaran orang dengan bangsanya. Kita sendiri mendidik keturunan bangsa kita dengan etika dan kelangsungan budaya kita sendiri. Jelas bukan?

 

Pernah suatu ketika, ada cerdik pandai dan pemimpin negara yang mengulas budaya orang melayu yang dikatakan malas, tidak pandai, tidak berdaya saing kerana faktor makanan. Ini bukan cakap saya. Ayat itu dari setengahnya pakar-pakar dalam negara. Faktor saiz fizikal manusia melayu yang tak sama seperti bangsa lain. Contohnya ahli sukan. Sukan fizikal seperti ragbi dan bina badan. Terbukti apabila Mr. Universe menjadi milik melayu. Bagaimana?

 

Bangsa yang bagus akan di anggap bangsa pilihan memimpin dunia, kecerdikan manusia atau bangsa mampu mengubah dunia. Saya percaya jika sesuatu bangsa itu akan melakukankan keburukan. Tapi saya tak percaya bangsa itu boleh menbawa kebaikkan. Kerana semulajadinya manusia atau bangsa lain akan menidakkan keupayaan bangsa lain, mereka tak percaya ada bangsa yang lebih baik daripada bangsa mereka. Terutama melibatkan warna kulit. Kemudian asal usul negaranya dan seterusnya agama yang di anutinya..

Advertisements