Teks ini sekadar contoh yang saya adukan kepada YB Dato Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud sebagai tindakbalas perbualan di twitter berkaitan peranan SPRM dan masyarakat tempoh hari, bukan bermaksud mengaitkan sesiapa atau menuduh sesiapa. Hanya perbincangan ringkas. 

RASUAH : KECIL ATAU BESAR?

Saya cuba menulis sesuatu yang mungkin diluar bidang atau kuasa yang selayaknya. Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah pemerhatian saya terhadap peranan SPRM, pihak pemerintah ( kerajaan ) dan masyarakat semasa. Contoh-contoh yang di gunakan juga adalah contoh-contoh ringkas yang mudah agar senang di fahami.

Mungkin tafsiran rasuah itu sendiri akan dianggap salah, tapi bila di sebut sebagai imbuhan, bonus atau ganjaran ianya akan bertukar persepsi yang berbeza.

Kepada yang berpakaian seragam, pihak penguatkuasaan, amat jelas sekiranya ada ‘rasuah’, itu kerana peranan dan kuasa yang ada pada pihak penguatkuasa tersebut. Walau apapun agensi yang di perwakilkan kuasa akan dapat keistimewaan mendapat ‘rasuah’. Itu wajib!

Anggapan saya, rasuah kuasa itu lebih jahat berbanding rasuah imbuhan sesuatu. Menjanjikan suatu tempat yang memiliki kuasa seperti jawatan dimana-mana agensi penguatkuasaan atau jawatan di sektor awam. Dan itulah yang akan menjadi punca masalah rasuah yang lain.

SPRM di wujudkan untuk menangkis segala macam bentuk rasuah, tapi yang akan menjaga & mengawal SPRM pula siapa? Ahli lembaga panel yang di lantik? Badan bebas? Suruhanjaya yang berbeza?

Kuasa SPRM itu sendiri adalah ‘rasuah’ kerajaan kepada agensi penguatkuasa yang lain. SPRM itu yang menjadikan nilai rasuah kepada agensi lain lebih lumayan. Ayat dalam bahasa mudahnya, bayaran yang di terima akan dinilai jika kena tangkap atau di soal oleh SPRM. Andaikan ketua sebuah agensi penguatkuasaan itu sendiri adalah “orang dalam” kerajaan yang bertujuan memudahkan operasi penguatkuasaan yang lain. Siapa jadi ketua dalam agensi tersebut dan peraturan memasuki agensi penguatkuasaan yang lain. Mendapat persetujuan ketua di antara agensi-agensi yang berkaitan. Jadi mereka boleh berpakat! Itulah maksud saya SPRM adalah alat kerajaan yang memerintah.

Trafik

Pemerhatian saya mungkin dari filem atau cerita atau mendengar dan melihat persepsi masyarakat dalam negara kita sendiri. Apabila melihat pegawai polis berbual dengan mana-mana pemandu kenderaan di tepi jalan, pasti ada urusan ‘timbangtara’ bukan? Itu persepsi. Lebih tepat itu berlaku. Perkara yang sedemikian boleh elak atau tidak? Kalau tanya saya, saya jawab boleh. Sebarang kesalahan lalulintas itu patut di halang sebelum kenderaan itu bergerak atau berada di jalanraya. Apabila berada di jalanraya, kaedah dan tanggungjawab sudah berbeza. Kaedahnya, harus seret mereka yang melakukan kesalahan dengan gambar dan rekod kesalahan. Bukan menyerahkan notis kesalahan yang boleh di kompoun. Oleh yang sedemikian, kaedah penyelesaian akan menjadikan kosnya lebih besar dan mendatangkan manafaat kepada kerajaan. Moralnya, semua bentuk kesalahan itu akan di cegah. Bukan di cari. Kaedah ini ada saya lihat di gunakan oleh pihak Pengangkutan Jalan. Lebih baik dari yang di gunakan oleh Polis Di Raja Malaysia. Mungkin contoh ini lebih kepada bentuk penyeragaman. Lagipun kesalahan ini adalah paling popular jika nak di sabitkan kesalahan rasuah kecil. Contoh paling mudah ialah, apabila seorang penguatkuasa melakukan tugas sendirian atau secara berkumpulan yang menahan sesuka hati, bukan dengan papantanda atau sekatan jalan.

Perniagaan

Dalam terma projek, jika bentuk imbuhan itu dalam kertas yang di persetujui, seperti beli 10 percuma 1 *dan untuk you ada 1*. Bertambah menarik jika keputusan untuk mendapatkan pembelian tersebut di persetujui oleh keseluruhan jawatan kuasa pembelian tersebut. Dari segi undang-undang itu adalah cara yang sah. Tapi bagaimana dengan syarikat yang tidak menawarkan kaedah sedemikian? Itu namanya bisnes? Atau kaedah pembelian pintar?

Saya pernah terlibat dengan beberapa urusan tender pembelian alatan elektronik, seperti biasa urusan tersebut mesti di mulakan dengan kertas cadangan dan menyediakan maklumat derdasarkan harga pasaran. Andaikan proses tersebut di tahun 2006, kemudian untuk kelulusan pada tahun 2007, dan arahan pembelian di keluarkan pada tahun 2008.menurut keterangan rasmi dan sah, harga alatan tersebut adalah rm100 di tahun 2006, tapi ketika di tahun 2008 adakah harganya sama? Jika berkaitan alatan elektronik pasti susut. Katakan nilainya berubah kepada separuh harga. Bagaimana peranan ketua agensi yang berkaitan? Diam? atau dipulangkan? Di situlah kesalahannya. Tidak kompeten! Dan itulah salah kuasa. Walau tiada sebarang imbuhan atau keuntungan pada sesiapa. Di atas kertas sahaja dah berlaku ‘salah nilai’. Tapi sah dari segi undang-undang.

Pasti tiada siapa nampak di mana berlaku ‘penyelewengan’nya.. kerana semua urusan tersebut adalah sah dari segi undang-undang. Ada di atas kertas dan perjanjian yang sah.

Kesimpulan

Saya guna dua sahaja contoh, tapi yang nampak bersalah adalah agensi penguatkuasaan itu sendiri. Seolah-olah tiada pemantauan dan pencegahan dari agensi berkaitan. Tapi bukan itu yang saya maksudkan. Yang saya sampaikan adalah, badan atau agensi yang di anggap bertanggungjawab itu siapa? Yang akan di persalahkan siapa? Yang menerima suapan? atau siapa yang benar-benar ada kuasa untuk mengubah sistem yang ada?

Cadangan

Mohon Dato menyediakan soalan-soalan agar dapat saya sertakan contoh dan kebarangkalian yang boleh dan bakal berlaku, kerana kalau saya nak di terangkan mengikut bentuk kesalahan dan aktiviti harian kejadian yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah, pasti tidak ada penghujungnya.