Apakala UMNO telah mengambil ketetapan hendak mencapai kemerdekaan dengan jalan Perlembagaan, maka kita telah bergerak menyediakan segala alat kelengkapan untuk mencapai cita-cita kita itu. Tujuan hendak mencapai kemerdekaan dan jalan Perlembagaan itu adalah mempunyai cara-cara dan jalan-jalannya, yang kita sendiri telah tentukan, iaitu memperkuatkan pertubuhan kita dengan membanyakkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO sehingga menjalar ke merata ceruk rantau di dalam negeri ini, dan dengan jalan ini dapatlah diikat tali muhibbah dan kasih mesra di antara UMNO dan rakyat jelata. Kemudian itu kita menganjurkan perasaan berbaik-baik dan bekerjasama di antara Melayu dengan orang-orang yang bukan melayu dan dengan jalan ini tertubuhlah Perikatan UMNO-MCA-MIC pada hari ini merupakan satu pergerakan nasional yang cukup terkenal..

Advertisements