Pada 31 Julai 1955 Bangunan UMNO di Batu Road ( Jalan Tuanku Abdul Rahman ) di rasmikan oleh DYMM Sultan Selangor. Ucapan Tunku:

“.. adanya rumah ini akan menjadi suatu tanda bahawa orang Melayu jika berkehendakkan membuat sesuatu apa-apa pun mereka boleh buat asalkan sahaja mereka menentukan yang mereka hendak buat. Maka dengan orang Melayu telah menentukan yang mereka hendak merdeka, saya percaya kita akan merdeka…”