kita orang-orang melayu memang sangat berkehendak akan bahasa melayu ini di majukan dan di pakai jadi bahasa rasmi dalam pemerintahan negeri apabila sampai masanya kelak. maka di harap guru-guru dapat menghidupkan perasaan anak-anak melayu gemar kepada pengajian-pengajian bahasa melayu, hingga kenal dan terasa akan keindahannya, sombong dan megah akan segala kelebihannya, sentiasa di cemburu memelihara kebersihan dan kekayaannya, serta ahli tiada khali dari berusaha meninggikan mutu darjatnya, meluaskan, mengkayakan, dan mengelokkannya. dengan demikian akan dapatlah kelak di majukan bahasa yang di kasihi ini pada surat-surat yang sempurna, sehingga terletak ia pada taraf penggunaan yang tinggi sebagaimana bahasa inggeris dan lain-lain bahasa yang tinggi dalam dunia sekarang..  – zaba 19 april 1947

Advertisements