Dalam setiap keputusan, saya seringkali melihat tindakan yang berlawanan itu satu pendekatan yang berupa penambahbaikan. Tapi kekadang datang juga perasaan marah dan geram jika perkara yang di lawan itu menjadi bahan jajaan atau cerca orang. Inilah kelemahan kita yang bergelar manusia.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang

Tidak ada niat untuk cuba mengelirukan sesiapa atau cuba menjadi jaguh dalam agama, pandangan saya yang sering dianggap tidak ilmiah dan akedemik, malah sesat juga. Namun saya terima dengan hati yang terbuka. Itu kegembiraan yang saya perolehi, kerana masih ada orang yang sudi membaca dan mendengar pendapat saya yang tidak seberapa.

Perbualan saya dengan masyarakat seringkali ‘bertingkah’ kerana fahaman budaya, agama dan undang-undang. Ini percampuran yang sentiasa mengerakkan masyarakat, berubah mengikut sistem dunia dan peredaran masa mengikut acuan kehendak dunia semasa.

Semua orang ingin melakukan perkara yang betul mengikut pendapat dan pendirian masing-masing. Ternyata itu kemahuan peribadi dan bawa masyarakat sekali untuk berada dalam kemahuannya. Itu di gelar politik. Cuba berada dalam masyarakat dan jadi hero. Itu juga hakikat politik. Yang mengguna agama topeng adalah lebih jahat. Bila pihak yang membangkang nak berbuat sesuatu yang ‘ramai’ di anggap mengancam keselamatan negara. Bila pihak yang guna tiket agama? Di bolehkan pula? Itu bukan keadilan! Itu namanya kekeldaian!

Sejuta Umat

Himpun hanya usaha mengarut yang mengancam keselamatan negara. Selama ini tak pernah langsung bersatu dalam segala hal. Hanya bersatu dalam parlimen dan dewan rakyat kerana mendapat peruntukan yang sama rata. Aku sama, hang pun sama!
Ketika gendang perang pilihanraya, tetiba muncul orang-orang yang mahu menyatukan umat? Yang bertambah jadi keldai bila ada yang percaya. Segala urusan harian terhenti kononnya mahu menyatukan umat dengan sehari berhimpun! Selebihnya 364 hari? Sama-sama menuding jari maki hamun kafir mengkafir sesama sendiri?

Antara Politik dan Agama

Jangan jadi syaitan yang bertopeng manusia. Jika mahu bicara agama, berkatakan dengan benar. Sama ada di pihak mana sekalipun. Jangan menghiasi diri dengan agama kerana kepentingan peribadi atau jawatan dalam mana-mana pertubuhan. Berkata benarlah atas kapasiti seorang muslim atau manusia yang ada tuhan bagi mana-mana agama.
Andai kata tuhan kamu adalah pokok sekali pun, kamu tidak boleh berbohong atau bertindak menyakiti bangsa, agama lain dalam dunia. Jika mahu melihat Islam, cuba lah belajar mengkaji diri sendiri. Bertindak atas kapasiti peribadi, bangsa atau agama? Atau sengaja mahu jadi hero dalam agama dengan mempergunakan orang lain.

Media itu berbohong?
Jika benar menyampaikan amanat dalam stadium yang ada sejuta umat, akan menjadikan umat islam lebih baik dengan bangsa dan agama lain dalam dunia ini. Saya rasa pertandingan bolasepak piala dunia lebih menyatukan umat! Siaran langsungnya di tonton oleh berbillion penduduk dunia.
Benar juga, rupanya manusia suka di bohongi dengan ceramah secara langsung, secara live! Manusia semakin cetek ilmu! Berpilih-pilih untuk mendapat dan mencari maklumat.
Jangan jadi manusia dayus dan hina kerana menipu diri sendiri.

Silalah guna akal dan otak yang tuhan berikan. Berhimpun itu akan menjadikan islam semakin berkembang? Atau menjadi cemuhan dan ancaman kepada bangsa lain dalam dunia ini?

Cabarannya atau gurauan?

Antara berita kebangkitan Islam di negara ini dengan berita lain, saya harus mati dengan kebodohan. Cuba andaikan ketika sejuta umat berhimpun dengan berkat tuhan, di TV3 ada siaran langsung konsert Dato Siti Nurhaliza, atau konsert rock. Boleh juga buat siaran langsung cerita berkaitan Cincin 24 juta, Cucu Lim Kit Siang ramas buah dada, atau perbualan seks Mat Sabu dan Mah, atau cerita bagaimana Altantuya di bom di sangkal oleh pihak PDRM. Cuba gambarkan kuasa media dan berhimpun dalam stadium. Padahal peristiwa bersidang bawah pokok masih jadi bahan gurauan terbaik sepanjang zaman.

Akidah?

Akidah siapa yang nak di perbetulkan?
Pemimpin yang dilantik atau rakyat?
Yang berlaku kemungkaran sekarang adalah rakyat atau pemimpin?
Menyalahkan pemerintah?
Yang secara terang-terangan menyeleweng sekarang adalah siapa?
Yang meliwat? Yang di liwat? Islam kita yang ada hari ini adalah menyalahkan yang di liwat! Benar?
Pemimpin Islam yang pernah kafirkan Islam dalam Umno bagaimana? Akidah juga?
Akhlak pemimpin yang mencarut-carut dan boleh masuk syurga?