cara berfikir yang teratur adalah tenaga penarik yang utama pada manusia. kata-kata yang keluar dari lidah ialah dorongan dari jalan fikiran. kata-kata dan perbuatan iaitu bukti, adalah bebas berfikir atau tidak. seni sendiri yang bersumber pada kehalusan perasaan sekali tidaklah dapat di ciptakan, kalau fikiran tidak bebas. dari adunan dan campuran warna dapat di ketahui orang bagaimana perasaan pelukis. oleh sebab itu masih ada lukisan, patung dan syair yang beratus tahun itu masih di kagumi dan di baca orang.

Advertisements