Sesungguhnya Al-Quran Nur Karim yang di turunkan Allah kepada Rasul yang terakhir nabi Muhammad saw ialah kitab suci yang merupakan kemuncak perkembangan kitab-kitab suci yang pernah di turunkan kepada umat manusia, sebuah perlembagaan hidup yang telah memberi kejayaan besar kepada orang-orang islam yang ulung tang memahami dan mengamalkan ajarannya, mengubah orang-orang islam purbakala dari satu umat yang memegang obor tamadun alam berkurun-kurun lamanya, sebuah sumber hidayah untuk manusia mencari jalan mengenal tuhan yang besar ( Allah), mencari jalan lurus dalam semua jurusan hidup dan mencari jalan kebahgian, perdamaian, kejernihan dan keagungan dunia dan akhirat.

 

Kemunduran dan kelemahan umat muslim pada zaman-zaman kebelakangan ini ialah kecuaian mereka dalam mengamalkan prinsip-prinsip hidup maju dan mulia yang di anjurkan oleh alquran, kecuaian yang disebabkan  oleh kelemahan iman mereka terhadap maksud kandungan Al-Quran, bahkan umat muslim pada zaman ini tidak memberi ketulusan hati dan penghormatan yang semestinya dan sepatutnya kepada Al-Quran, maka mereka seolah-olah tidak lagi memandang sebagai sebuah perlembagaan hidup yang diturunkan oleh Rabbul Alamin yang wajib di amalkan, malah sebuah kitab yang hanya dibaca dan didendangkan dengan lagu-lagu yang diadakan dengan suara yang lemak manis semata-mata untuk segera mendapatkan nama, pangkat dan harta benda dalam alam ini sahaja.

 

Jika kita ingin dan sewajibnya kita ingin mengembalikan keadaan zaman gemilang kita yang lampau maka perlulah kita kembali kepada al-quran, kembali memahami, mengkaji dan seterusnya mengamalkan isi-isi pengajarannya yang mulia dan tinggi takrifnyadan jalan memahami akan makna-makna ayatnya, maka disinilah terletak kepentingan adanya terjemahan al-quran dengan gaya bahasa yang dapat difahami oleh orang ramai kita yang islam.

 

Haji Muhammad bin Haji Ibrahim

12 Ramadhan 1388, 2 Disember 1968

Kota Baharu, Kelantan