Izinkan saya memberi sedikit pandangan berkaitan kemelut ini dalam perspektif Islam yang saya pelajari. Saya akan cuba permudahkan agar senang di fahami. Boleh sahaja mengulas dan memberi pandangan yang bersesuai demi menjelaskan maksud yang mudah di fahami.

Ulama lain dalam negara hanya bisu bila PAS menetapkan hukum hudud atau islam hanya berada di tangan kuasa politik PAS? HUDUD itu hanya kepada penganut agama Islam? Melampau sekali tanggapan bahawa Islam itu berpilih-pilih menetapkan hukum-hakam. PAS kekal ‘HARAM’ pada pandangan saya hanya kerana mereka memilih bangsa dan agama tertentu dalam menentukan HUKUM berkaitan agama Islam.

Islam itu adalah untuk semua. Melaksanakan hukum Islam juga adalah hak untuk semua. Yang menjadi kemestian pada orang islam adalah RUKUN! Lupa bahawa kita yang muslim ada rukun? Iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman.
Dalam melaksanakan hukum menurut pandangan Islam adalah dengan ‘merujuk’, bukan ‘memihak’. Semaklah perundangan menurut Islam yang sebenar. Bukan hanya kerana faktor politik!

Dalam menilai seorang manusia insan muslim itu pula adalah dengan melihat hubungannya dengan tuhan, kemudian hubungannya sesama manusia. Jika ada keseimbangan itu, sempurnalah kehidupannya sebagai seorang muslim. Inilah ASASnya!

Saya akan meneruskan jika ada kemusykilan. Sila lah bertanya.