alam ini merupakan anugerah allah kepada manusia supaya ia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dengan senpurna dan baik. oleh itu setiap manusia perlulah memelihara alam ini seperti menjaga dan mengendalikannya dengan sebaiknya.
contoh tanggungjawab manusia terhadap binatang iaitu tidak membunuh atau menyeksa sesuka hati. jika binatang bahaya yang perlu di bunuh, bunuhlah dengan cara yang baik dan bukan dengan cara siksaan terhadapnya.
di samping itu tanggungjawab terhadap tumbuh-tumbuhan ialah tidak memusnahkan atau menebangnya dengan sesuka hati. sekiranya tidak di jaga atau di kawal akan menyebabkan berlakunya banjir, perubahan cuaca yang mendadak ataupun berlakunya tanah runtuh.
setiap manusia perlu menjaga alam ini dari pencemaran udara, air, kerana semua ini di perlukan oleh manusia di dalam menjalani hidup ini.

Advertisements