baru berpeluang melihat video undilah yang telah di haramkan hari ini, banyak juga yang suka, ada juga yang tidak suka. saya berada dalam kumpulan yang TIDAK SUKA. di bawah ini saya nyatakan mengapa saya tidak suka.

cerita ringkas:

tiga orang di panggil oleh PM untuk memberi cadangan. tiga orang tersebut mewakili 3 bangsa, 1 berbangsa melayu, 1 berbangsa india dan 1 berbangsa cina.

rancangan PM adalah untuk menghantar seorang ke angkasa lepas dan minta di nyatakan kos yang akan di kenakan.

dengan pantas melayu itu menjawab, “saya sanggup dengan 1 juta..”,

kemudian yang  india pula menyatakan ” saya sanggup dengan 2 juta..”

PM tanya “mengapa 2 juta?” India tu jawab, “saya ambil 1 juta, lagi 1 juta PM ambillah..”

kerana yang cina tu diam, PM bertanya kepada yang cina pula. ” you mahu berapa juta? 

cina tu jawab, ” 3 juta!”..

PM tanya lagi kepada cina tersebut, “mengapa you mahu lebih dari mereka?”

cina tu jawab sambil tersenyum,” saya ambil  1juta, PM ambil 1 juta..”

PM tanya lagi ” lagi 1 juta?”

cina tu jawab, ” kasi sama itu melayu 1 juta, kasi dia naik sana..!”