Saya tak mungkin bicara hal sebegini ini walupun jika saya bukan ahli politik atau penting kepada siapa-siapa. Tapi saya tak mungkin berdiam diri bila merasakan ada sesuatu perkara yang boleh merosakan kepercayaan saya kepada pemerintah. Kerana saya di ajar mentaati pemerintah adalah kewajipan bagi saya yang mengaku beragama islam. Sudah menjadi azam bagi saya agar berkata benar walau sepatah ayat. Tidak lah saya pakar dalam segala hal tapi keinginan ingin tahu itu membuat saya sentiasa mengikuti hal-hal berkaitan pemerintahan semasa dan sekelilingnya.
Antara ayat yang saya tak lupa, mungkin dari bacaan lama, “antara tuan dan saya tidak ada bezanya dengan orang lain, bezanya hanya kerana tuan menjawat jawatan tersebut dan saya tidak, tapi jika tuan tiada jawatan itu, maka tuan pun sama seperti saya..”
Maksudnya kita sama dari zahirnya, tetapi kepandaian itu berbeza-beza. Andai saya menyinggung sesiapa dalam ayat-ayat saya, itu sekadar kebetulan atau memang patut ayat tersebut di tujukan kepadanya. Maka itu lah tujuan saya menulis dengan bahasa yang paling mudah di fahami. Ada juga yang mungkin akan mempertikai penulisan saya yang tidak ilmiah atau berbahasa tinggi, tapi itu adalah pilihan saya sendiri untuk menyesuaikan dengan cerita yang cuba di sampaikan.
Penghapusan itu benar-benar telah meletakkan rasa bimbang dengan kerajaan dan peranan seorang Perdana Menteri. Saya bukan bimbang kerana negara huru hara atau kita berbunuh sesama sendiri, kerana anggapan saya kita boleh mati dimana-mana sahaja. Tetapi saya bimbang kerana keputusan tersebut di buat di atas nama bangsa melayu dan agama Islam. Saya kata kan bangsa melayu dan agama Islam kerana pemimpin yang di maksudkan adalah Presiden UMNO yang berbangsa melayu dan beragama Islam.
Pemerintah yang saya sangkakan cuba menegakkan agama islam sebagai negara contoh yang boleh bertoleransi dengan bangsa lain di seluruh dunia dan bukan hanya bangsa cina atau india atau serani, tetapi seluruh bangsa lain di dunia ini. Sangkaan saya terhadap kerajaan yang mahu mentadbir negara dengan kebebasan bersuara dan demokrasi hilang terus lenyap di fikiran saya hanya kerana anggapan saya pemerintahan kini hanya tunduk kepada tuntutan kepentingan parti politik demi kedudukan politik dan bukan keran bangsa dan agama. Ini dari pemikiran saya yang daif dan dangkal kepada suasana politik negara, tapi mengapa tidak lihat keperluan itu sebagai contoh kerajaan yang terbaik menangani keganasan yang di katakan berpunya dari peranan ekonomi dan perniagaan? Setakat mana kekayaan negara boleh menjadikan rakyat berbilang bangsa dan menjadi contoh kepada bangsa lain? Selama ini bangsa melayu yang beragama Islam ini berjaya menjadi contoh umat Islam yang mampu membantu bangsa lain di negara lain. Pergilah serata dunia Islam yang berbangsa lain, sebut Malaysia, melayu dan Islam yang pasti di kenali dengan adap dan kesopanan dan seorang Islam yang baik.
Negara tidak terbentuk dengan kuasa politik atau kepentingan seseorang pemimpin yang mahu mengekalkan kuasa. Tapi peranan dan usaha pemimpin tersebut menyediakan laluan yang paling mudah untuk rakyat, bangsa dan untuk agamanya di sanjungi.