Umum

Satu perkara yang sering kita tak sedar, pendapat atau pandangan itu sebenarnya adalah di pengaruhi ‘pandangan umum’ dan  peristiwa tertentu. Saya melihat Kelantan sebagai sebuah negeri yang sama seperti mana-mana negeri di Malaysia. Mungkin ramai yang beranggapan negeri Kelantan unik kerana kuasa politik dan corak pemerintahannya. Tapi bagi saya itu adalah biasa.

 

Pentadbiran                                                                           

Seperti yang kita sedia maklum, kuasa pentadbirannya adalah pada Parti Politik PAS. Rintangan terhadap ‘harta negeri’ menyebabkan mereka hilang pedoman. Berkaitan royaltinya, balaknya dan pendapatan negeri yang lain. Perlakuan ahli politiknya juga mengalahkan para pedagang antarabangsa. Tapi hanya berlaku dengan kuasa politik. Itu bukan cara islam yang saya pelajari.

 

Politik

Saya anggap mereka kejam! Kerana Amanat Haji Hadi dan slogan ‘pangkah PAS masuk Syurga’ itu. Retetan peristiwa Memali sehingga lah kepada cubaan rampasan kuasa Al Maunah, dan termasuk juga siri perjuangan mereka di luar negara yang di anggap sebagai fisabilliah di padang pasir.

Agama

Saya meragui status agama yang mereka anuti. Islam yang saya belajar jauh sekali menyimpang dari sahsiah diri dan pentadbiran negeri yang mereka amalkan. Mungkin fahaman atau mahzab yang berbeza? Keraguan saya memuncak dengan kemunculan ‘Wahabi’ yang semakin hebat di perkatakan terutama oleh Prof Madya Dr Asri (bekas mufti). Saya biar saudara fikirkan kerana ini boleh menyebabkan salah faham. Bahaya. Jika menuduh saya ‘sekular’ sekali pun, itu adalah pandangan saya.

 

Sosial

Maafkan saya, secara perbadi, saya takut berada di Kota Bharu pada sebelah malam. Bahasa dan perlakuan budak-budak punk tu menakutkan saya.

 

Ekonomi

Saya lihat mereka lebih suka melihat generasi muda keluar dari kawasan dan berhijrah membina keluarga. Mereka suka melihat anak-anak bekerjaya di luar dan membawa pulang pendapatan kepada orang tua. Mereka suka aman tenteram untuk mengerjakan amal ibadat dan menikmati rezeki yang anak-anak cari. Itu kebanggaan mereka. Anak-anak juga diberkati. Golongan tua suka menghabiskan masa di surau-surau dan masjid bersama rakan sebaya dan menikmati sisa-sisa hidup. Siapa pun memang akan tertarik dengan cara hidup begini. Kata mereka itu cara hidup ISLAM.